Friday, April 25, 2008

CIRI-CIRI DAGING KAMBING BOER

Ramai penternak yang dah sedia maklum pasal info ni.. Tapi saya ceritakan sikit untuk tatapan rakan2 lain yg sudi melawat blog nih... terima kasih... Info ni pun saya petik dari blog2 yang lain ..disebabkan info nih ada kat beberaper blog saya tak ingat pun ambil kat mana ehehe... mintak maap ek ... halalkan la peminjaman info ni ye..
Permintaan terhadap daging kambing adalah kurang. Ada juga yang meminati masakan daging kambing seperti Lamb Chop, kari kambing dsb tetapi sukar untuk mendapat kan daging kambing mentah di pasar2...

Di bawah ini adala beberaper faktor kepada isu kenapa ramai yang tidah memakan daging kambing;

1. Salah anggapan yang selalu ada ialah daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol
yang tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang mempunyai darah tinggi .
2. Salah angapan bahawa daging kambing berbau hamis...
3. Daging kambing sukar didapati di pasar2 jika dibandingkan dengan daging ayam, bebiri dan lembu,

Penerangan untuk point2 diatas;

1. Mengikut kajian daging yang terbaik untuk dimakan adalah daging kambing. Ini adalah kerana daging kambing merupakan daging yang mempunyai kandungan kolestrol, kalori, lemak dan protien yang terendah berbanding sumber daging lain. Cuba rujuk kat bawah nih...

Sumber: USDA Nutrient Database for Standard Reference Release 14 (July 2001)

Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

2. Kami memilih untuk menjual daging baka kambing boer kerana bau nyer tidak hamis dan rasa nya lebih lazat.

3. Ia memang kurang di pasar2.. Jadi kami bawanya kepada anda.. Dari LADANG kepada ANDA!!! buat la tempahan sekarang ... ehehehe ..

p/s: sumber adalah dari blog2 dan beberapa website serta informasi dari rakan2 penternak yang telah memakan daging kambing boer. Belom ada saintifik reasearch yang dibuat sendiri oleh pihak kami.

Jika anda dah cuba mungkin boleh juga berkongsi rasa....

Tuesday, April 22, 2008

KAMBING BUNTING DALAM WAD PASANG SIAP



Minggu lepas ada agak letih sikit.. Seekor kambing bunting ni rupa dah nampak macam sarat benar . Kalalu dulu perut besar pun bleh lari2 nih nak duduk pun kena pelan2 ... Jadi nak tak nak seperti yang disyorkan oleh rerakan 'sifu' maka kene la tukar profession jadi 'carpenter' plak untuk buat bilik untuk yang sarat tu. Kayu, kitorang beli 2nd hand punye kat Labu N9... sesape nak wat kandang bleh la jenguk2 kat sana... macam2 ada ... Kayu tuh pun bawak jugak naik kereta.. memang berjasa abis la kereta tuh..

Setelah bertungkus lumus menggergaji dan bertukang sampai bleh la nampak urat2 tangan sumer.. maka jadi la petak2 (4'X4')yang macam gambar kat atas nih ... Ini kire petak pasang siap la nih ..main ikat2 kat tiang... lepas tak guna nanti bleh tanggalkan.. Setakat nih petak nih masih okay lagi walaupun ditanduk2 ... Kire okay la kot...
Harap2 selesa la kambing tuh kat dalam petak tu sampai beranak..

Petua nak tau kambing bunting :

Petua nih kami dapat dari seorang penjaga ladang yg kami melawat untuk beli kambing. Di sebab kan kitorang nih pengalaman kurang nak tentu kan kambing tuh bunting ke tak .. maka kami pun tanya la kat dia sebab dia nih terer gak rasa nyer .. maklum la jaga beratus2 kambing...Mungkin kalau yang tak tau lagi info nih , untuk kambing bunting kalau kita pegang pangkal ekor dia (yg melekat kat badan) dengan jari, kite dapat rasa ada ruang antara ekor dengan bahagian belakang kambing... kalau tak dapat nak pegang , maka tak bunting la tuh ..

EHEHE ... try la berkesan ke tak berkesan thoery nih ... Renung2 kan dan Selamat mencuba...

Monday, April 21, 2008

Menunggu Masa


Ini la contoh kambing 'kasi' yang khas untuk daging. Tengah tunggu masa bila la tuan dia nak sembelih ehehe . Tapi sebenarnya bila dah jaga kambing2 nih walaupun sekejap je baru sampai dah rasa macam sayang je .. Dah kesian karang dah tak bleh makan plak .. RUGI OOOO dah sembelih pastu takleh nak makan plak ... ehehehe

Q: kambing slaughter umur bape? Leh wat akikah?
A:
CIRI2 kambing slaughter :
Umur : > 1 tahun (ada sepasang gigi)
Jantina: Jantan di kasi
Boleh ke wat akikah?
Merahijau tak jual and 'rekemen' kambing ni untuk tujuan akikah....
Ada orang kata boleh untuk akikah atas sebab2 derang tersendiri ... tapi bagi merahijau, kami kurang yakin atas sebab bila dah kasi kambing tuh dah jadi tak sempurna ... bila tanya2 dekat org2 yang boleh dipercayai , kebanyakan kata pun tak boleh sebab kambing ni dah kurang sifat ... Jadi kalau tak yakin atau was2 lebih eloklah kalau nak buat akikah tuh sembelih kambing yang sempurna sifat2 dia. Tapi kalau 'yakin boleh' terpulang la .. tepuk dada tanya selera.. berselara nye makan daging boer.... Kalau ada pendapat lain bleh la kongsi bersama ye ... Renung2 kan dah selamat beramal

Sesape yang berminat boleh la meng'order' okay.. Info tentang harga ada kat sebelah tuh..
Kalau berminat untuk mengusahakan pasaran kambing slaughter nih boleh la juga contact kami.

Wednesday, April 16, 2008

Pengalaman Pertama

Pengalaman pertama selalu kita ingat. Nak cerita sikit pengalaman pertama merawat cirit birit...

Mungkin bagi yang dah lama dalam penternakan nih cirit birit nih dah tak jadi hal.




Ini ialah kambing pertama kami yang terkena cirit birit dalam masa 2 bulan kami menjadi penternak. Sedih je muka dia ..Balik2 kg, pergi kandang ..alamakkk... mcm lain aje bau dalam nih ... tengok2 satu petak dah penuh najis kambing yg cair..Nasib baik la dia sakit hujung minggu ... sebab kami ada masa hujung minggu saja.. Hari2 biasa kambing dijaga oleh parents Reen. Jadi kesian la kat derang nak jaga kambing yang cirit tuh...


Letih jugakla nak bersih kan kandang , punggung dan badan kambing yang terkena najis kambing tadi. Untuk kali nih sebab kami ada banyak masa nak monitor kambing tu, kami berikan kambing yg sakit makan daun jambu batu dan daun kelapa. Petua nih pun dapat dari ilmu yg diperturunkan oleh rakan2 yg sentiasa membantu dan dari blog2 rakan2 penternak .. alhamdulillah esok nya kambing tuh pun dah sihat walafiat..


Setelah dikaji2 kami rasa lah kambing ni terlebih makan pellet kot..
Jadi sejak hari itu kadar pemberian pellet di sukat mengikut keperluan kambing. Walaupun kambing mintak lebih , takleh dah nak kesian dah :) ....

<