Monday, June 23, 2008

APA YANG PERLU DI AMBIL KIRA DALAM PEMILIHAN BOER

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung...
Saya ada melawt satu website dari penternak Texas, USA ..
mungkin information nih boleh di kongsi dan dapat membantu penternak2
yang baru nak mula dan yang masih baru seperti merahijau nih ..
Kepada otai2 , boleh la bagi komen ye kalau sudi ...

JANGAN PERCAYA SEMUA YANG ANDA LIHAT DI INTERNET

Dalam kemunculan pelbagai blog dan website , terdapat website yang memaparkan gambar kambing2 yang bukan dari kandang sendiri tetapi mengaku itu hasil dari kandang mereka .. Pada pendapat saya kebanyakan penternak suka untuk terus pergi ke kandang untuk melihat sendiri kambing yang di jual .. jadi mungkin keadaan ini tak menjadi masalah kepada penternak malaysia

REGISTERED FULLBLOOD TIDAK MENJAMIN AKAN MENGHASILKAN ANAK2 YANG BERQUALITY

Registered Fullblood bermaksud asal usul boer direkod kan .. Penternak akan dapat mengetahui siapa moyang, datuk , bapak kambing tersebut. Oleh itu kita dapat tahu dan melihat kualiti nenek moyang kambing tersebut dan dapat gambaran kepada kambing dan bakal anak kambing yang kita nak beli .. Tetapi bagi kambing di import , kita tak boleh nak tengok sendiri keturunan kambing tersebut. Oleh itu sebelum membuat keputusan membeli kambing yang ada sijil kita perlu juga belajar menilai ciri2 kambing yang berkualiti... Supaya kita membayar harga yang mahal untuk sesuatu yang berbaloi ... Part nih yang mencabar sikit bagi org2 baru ... Kalau yang dah otai tuh sekali tengok pun dah tau ...

JANGAN TERPENGARUH BAHAWA HANYA BOER DARI SOUTH AFRICA DAN AUSTRALIA SAHAJA YANG TERBAIK

Boer berasal dari S africa dan ramai penternak berpendapat Boer dari S Africa adalah yang terbaik .. Tetapi harga nya tak boleh tahan bagi penternak2 baru yang kurang kaya .. Jadi pilihan kedua yang paling glamour ialah boer dari australia yang masih lagi kategori mahal tapi masih mampu nak beli. Tetapi tidak semesti nya hanya boer dari sana yang berquality. Seperti yang kita lihat dalam blog2 , kambing2 boer tempatan(lahir di malaysia) pun ada yang berquality. Jadi kalau berpeluang membeli kepada penternak dari malaysia mungkin lagi baik kerana kambing pun dah sesuai dgn iklim tempatan.. Mungkin jugak lagi murah..

PERIKSA KAMBING YANG MEMPUNYAI PARUT DI HUJUNG RAHANG

Parut ini selalu nya ada pada kambing yang mengidap penyakit CL (Caseous Lymphadenitis). Ia macam bisul dan selalu nye penternak akan potong sket untuk buang darah ke nanah ke kat tempat penyakit tuh .. jadi elakkan membawa masuk kambing yang mempunyai potensi menyebarkan penyakit ini dia kandang kita..

JANGAN BELI KAMBING KERANA ADA KAMBING DI KANDANG YANG PERNAH MEMENANGI SESUATU PERTANDINGAN KAMBING

Tak semua kambing di kandang itu mempunyai quality yang sama dan mendapat penjagaan yang sama

BELI KAMBING INDUK YANG MEMPUNYAI SEBELAH HANYA SATU PUTING SUSU

Supaya ibu dapat memberi susu kepada anak2 dengan sempurna.. anak2 kambing memerlukan susu awal ibu yang mencukupi untuk megelakan kemungkinan kematian berlaku.

PERCAYA LAHHHH!!!!

Industry Kambing Boer akan memberi kan impact maxima kepada industri daging dia negara ... Selamat menjaga kambing2 semua .. Selamat berjaya...

Kalau ada komen2 mungkin boleh berkongsi sebab saya menulis mengikut apa yang saya baca di website .. mungkin salah mungkin betul ... renung2 kan ...

Monday, June 2, 2008

RIA MERAHIJAU

Pada 30/5/2008 (jumaat lepas) genap la sebulan umur anak kambing pertama merahijau. Kami beri nama dia Ria .. Semoga kehadiran Ria membawa kegembiraan kepada merahijau dan ahli kandang yang lain..

Berat Ria dalam masa sebulan nih ialah 8.2kg . Alhamdulillah ibu dan Ria 2-2 pun sihat. Harapan kami pembesaran Ria akan terus stabil hingga dia boleh menjadi induk yang unggul ehehe...

Terima Kasih kepada cikgu kami yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan tips2 untuk menjaga anak kambing yang seekor ini. Terima kasih juga kepada rerakan ternak yang sudi meluangkan masa menjawab panggilan telefon dari kami dan memberi nasihat dan tips2 penjagaan. Terima kasih jugak kepada pembantu merahijau dan parents Reen yang menjaga Ria dan kambing2 yang lain dengan bersungguh2.

Ini gambar Ria

Umur sehari

Tak sampai la nak minum

Umur sebulan

Posing Sket

Sedap nyer daun kelapa sawit nih!!!



<