Monday, March 3, 2008

Hampir Ke Situ

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi, dengan keizinan Allah ,MERAHIJAU farm didaftarkan dengan harapan dapat menyertai dan memberi sumbangan dalam dunia penternakan kambing di Malaysia. Projek penternakan kambing MERAHIJAU bertapak di Lenggeng Negeri Sembilan dan setakat ini projek kami masih kecil dan dalam peringkat "kami budak baru belajar".

Ini ada lah gambar beberape penghuni awal kandang yang boleh dikira dengan jari :) .















Disebabkan rumput napier baru ditanam di sebelah kandang, maka kelapa sawit menjadi makanan utama disamping rumput napier yang dibeli dari penternak berdekatan. Nak buat camane, letih nak ambil daun kelapa sawit hari2.


Daun kelapa sawit dalam kereta

Setelah lebih kurang 2 bulan menjaga kambing, melawat kandang , memang diakui kami masih lagi dalam katergori tak terer terutama dalam bab2 pemilihan kambing baka. Yang ada di dalam kandang sekrang nih pun adalah dari hasil tunjuk ajar dan pertolongan kawan2 yang bergelar sifu kepada kami. Terima kasih kepada semua yang tak jemu2 membantu kami (tak tau la dah jemu ke belom sebenarnyer... eheh harap2 takla). Jasamu sangat di kenang dan dihargai . :)

Disebabkan pulangan modal hasil baka telah sedia maklum lambat la jugak .. maka kami cuba meneroka dalam bidang membekal hasil daging kambing boer. Kambing yang kami jual ini adalah kambing jantan yang telah di kasi dan memang untuk tujuan daging.




Harga yang kami tawarkan adalah ;
  1. untuk sekilo daging kambing boer ialah RM40/kg (penghantaran percuma sekitar cheras dan lenggeng).


  2. Untuk seekor kambing boer harga adalah 700/ekor (termasuk sembelih dan melapah) - berat hidup min lebih kurang 35kg .

Harga boleh dirunding ....


Jika berminat boleh telefon Irma - 0162094991 atau Reen - 0163549778

Pada hari sabtu lepas kami telah membeli 3 ekor lagi induk betina untuk baka. Sebagai penternak baru dan bergerak diatas hasil duit sendiri, cost adalah terhad. Jadi , terpaksala naik kereta aje kambing2 tuh semua... kesian...


LOADING!!!!! elok aje lagi kena bedung















MENUJU KE KANDANG... Sekor dah terbaring sebab nak kuar dari guni... dah tergolek baru senyap.... Nasib baik perjalanan tak sampai sejam ... Sabar je kambing2 nih








Kepada yang berhasrat menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing nih , jangan takut, rakan2 penternak yang ada blog dalam internet nih ramai yang rajin membantu sesama penternak. Tak dinafi kan mungkin ada yang mengambil kesempatan di atas ke tidak terer'an penternak baru jadi letak la sedikit 'hati-hati' dalam diri..

OKAY semoga kehadiran MERAHIJAU diterima di kalangan penternak yg dah lama dan dah 'OTAI' dalam penternakan kambing... Minta diri dulu dan semoga berjumpa lagi...


<