Monday, May 19, 2008

KAMBING , MELAYU , PHD DAN POLITIK

Assalamualaikum kepada pengunjung blog...
Hari ni nak cerita sket apa yang jadi kepada merahijau dan seorang penternak bantuan kerajaan pada minggu lepas. Pada hari sabtu lepas, merahijau dimaklumkan oleh penternak yang menjual rumput kepada merahijau bahawa P******* dah terminate contract bantuan P******* sebab ada org bagitau P******* yg abg nih jual rumput. Sebenarnyer niat dia pun bukan nak untung dengan jual rumput.. saja nak tolong merahijau sementara nak cari tanah yang sesuai untuk menanam rumput ... Nak bagi semangat untuk merahijau untuk terus menjaga kambing2 sebab dulu kami akan cari daun kelapa sawit untuk kambing2 ... Kesian kot tengok kitorang nih susah2 cari daun kelapa sawit... Tapi kitorang nih pun takkan nak terima bantuan FOC , so kitorang pun bayar ajela .. tak byk pun dia letak harga, ikut syarat je ...
Tak sangka pulak ada org yang komplen dekat P*******. Dan yang menyedihkan , melayu sendiri yang buat komplen...Saya tak pasti nak komen apa tentang situasi macamnih samada betul abg tu dah melanggar syarat atau MELAYU JATUHKAN MELAYU ...

Dengar cerita jugak sebenarnye menjual rumput ni, cuma alasan untuk pihak tertentu mendapat kepentingan politik.. maksudnya pihak tertentu nak bagi kambing2 kepada peserta lain yang menyokong parti politik mereka..Kesian dan rasa bersalah jugak .. Sebab nak bantu penternak kecil macam merahijau nih, dia yang terpaksa menanggung rugi.. Ye la penat lelah tanam rumput berekar ekar, keluar duit jaga kambing beratus ekor .. senang2 saja diorang nak ambil balik kambing2 tuh...

Saya ada baca di blog penternak lain yg bantuan kerajaan nih susah nak dapat... tapi bila benda nih jadi ia menyakinkan merahijau bahawa kita kena bergerak sendiri... kalau ada rezeki dan kepentingan baru boleh dapat bantuan...

Ntahla ini yang merahijau dengar dan perhatikan...
kalau betul la kejadian ini berasas kan politik dan PHD ... bila la melayu akan maju ...
Isu nih isu sensitif jadi sampai sini ajela saya bercerita ...

Semoga penternak melayu akan terus bekerjasama...

1 comment:

Pak Oncu said...

kesian lah jika mcm tu,,,, melayu haram jadah nya nye tu,,,, sori lah sebab guna bahasa kesat,, sodeh lahh pulak rasa nya hati ni...


<