Wednesday, May 14, 2008

ANAK KAMBING UNTUK JUALAN

20 EKOR ANAK KAMBING BETINA FB UNTUK DIJUAL!!!!!!

BOOKED!!! TQ kepada yang menelefon dan memberi nasihat ... di tutup untuk jualan

peluang untuk mendapat baka yang baik...

Mak dengan bapak dia Fullblood ada certificate ..
Umur : 6-7 bulan
Berat : 25 KG
Harga : rm800 ke bawah..

sila call saya kalau berminat.. cepat sebelum kehabisan stok
p/s : ini bukan dari ladang saya ... ini ladang kwan...

Friday, May 9, 2008

CERITA DAGING KAMBING

Harini baru berkesempatan nak cerita sikit pasal penjualan daging kambing hari tuh dan feedback kawan2 yang dah masak and makan daging tu..

Hasil jualan yang pertama ni ok aja sebab ada salah strategi sket ehehe.. biasa la first time ...
kami akan ambil segala weaknesses yang kami nampak pada penjualan pertama nih untuk panduan..
semoga penjualan kambing seterus nya akan lebih bagusss.... ehehehe... amin ...

Setakat nih pembeli adalah tergolong daripada kawan2 terdekat yang ingin mencuba daging kambing boer yang di gembar gembur kan sebagai "kambing wangi" ehehe sebab takder bau... dan jugak tentu la untuk support kawan diorang nih yang baru nak berjinak2 dalam perniagaan kambing... TQ semua... Appreciate ur support...

Ada juga kami approach restoran tapi derang nih lebih berminat untuk beli bebiri dan frozen meat sebab harga yang lagi murah. 2X ganda murah daripada fresh meat. Bak kata tuan punya restoran nih .. ditranslate dalam Bahasa Malaysia "selagi customer tak komplen dan datang ke sini,kami tak kisah tentang nutrisi atau bau kambing .. yang penting apa yang derang masak ada yang nak beli" .. Betul la kan ... restoran2 nih meniaga jugak.. takkan nak beli mahal2 .. Selagi customer datang and diorang dapat untung , itu yang penting...

Tapi mungkin kalau Malaysia dah banyak pengeluaran daging kambing, harga fresh meat boleh turun ke paras yg boleh menyaingi daging frozen... insyallah... So jaga la kambing2 anda supaya membiak "bagai JOHAN" ...

OKAY.. sekarang nih cerita sket pasal feedback kengkawan ... Firstly feedback dari tukang sembelih dan tukang lapah... memang takder bau macam masa lapah dan sembelih kambing lain... Secondly yg tukang masak + tukang makan... Mostly kata daging nih memang takder bau and sedap dimakan.. ehehe.. saya pun dah cuba jugak.. masak sup tulang .. memang takder bau dan rasa nyer pun sedap... Kurang rasa lemak and makan sehingga ke titisan sup yang terakhir... eheheh.. kalau tulang tuh bleh makan dengan tulang2 pun nak makan ahakss... takder la... bab tulang tuh takla sampai camtuh ... tapi overall memang best la daging nih... Ada lagi sorang feedback dia tak complete lagi.. and sorang tak masak lagi.. ... TQ sekali lagi kepada yang sudi nak bagi comments ...

So , rerakan yang nak beli lagi daging kambing .. order la yer ... u know who to call... kami akan bawakan daging boer dari ladang terus kepada anda.. Sesape yang nak mencuba .. dialu alukan...

TQ sekali lagi juga kepada kawan2 yg sudi memperkenalkan kami dan daging kami kepada kenalan yg lain...

Thursday, May 1, 2008

ANAK KAMBING PERTAMA MERAHIJAU

Alhamdulillah .. syukur ke hadrat illahi dengan kelahiran sulung anak kambing di kandang merahijau.. Berat anak kambing nih 2.8kg .. Ibu dia boer F1... Setakat ni anak kambing dan ibu dalam keadaan sihat . . Tapi konpius sket sebab tak tau la dia nih keturunan bapak apa sebab masa beli induk boer nih dah bunting.


Terima kasih yang tak terhingga juga kepada sahabat ternak yg memberi tunjuk ajar untuk kami menghadapi kelahiran pertama nih.. Dan juga terima kasih kepada yg sudi melawat. Jasa mu dikenang ... ehehe



Ibu dan anak

Walaupun kami tak ada masa detik2 kelahiran tetapi setiap masa laporan diberi .. : ) Bila tau kambing dah beranak hari rabu 30 april , tak sabar rasa nya nak balik tengok anak kambing .. Mcm2 gambaran dah buat macamana rupa anak kambing tuh ehehe... Kesian kedai ubat pun kene tutup lewat nak tunggu saya datang beli ubat ... mekasih... Ingat nak kuar awal tapi time tuh pulak ada macam2 kerja nak siapkan .. maklum la esok nya dah cuti..

Alhamdulillah semua nya selamat...


Anak kambing nih active rupa nyer walaupun sekor2 dia aje and baru sehari lahir .. asyik nak jalan ngan lompat2 ... Seronok agaknyer dapat tengok dunia .. Pastu , dah termengah2 pulak ... penat.. . Sebab kami nih dah takder pengalaman jaga anak kambing , suspen gak tengok kenape nafas dia laju camtuh .. Terpaksa la sekali lagi roger rakan ternak yang sudi memberi nasihat. Ada pulak yang sudi datang menjenguk kandang kami yg tak seberapa tuh.. TQ ... Rupa nye memang perkara biasa mcm tuh ... Jadi kami pun tak risau dah ...

Duduk kepenatan



Doakan la anak kambing kami ni sihat dan menjadi induk yang productive ... Amin... ehehe...



Friday, April 25, 2008

CIRI-CIRI DAGING KAMBING BOER

Ramai penternak yang dah sedia maklum pasal info ni.. Tapi saya ceritakan sikit untuk tatapan rakan2 lain yg sudi melawat blog nih... terima kasih... Info ni pun saya petik dari blog2 yang lain ..disebabkan info nih ada kat beberaper blog saya tak ingat pun ambil kat mana ehehe... mintak maap ek ... halalkan la peminjaman info ni ye..
Permintaan terhadap daging kambing adalah kurang. Ada juga yang meminati masakan daging kambing seperti Lamb Chop, kari kambing dsb tetapi sukar untuk mendapat kan daging kambing mentah di pasar2...

Di bawah ini adala beberaper faktor kepada isu kenapa ramai yang tidah memakan daging kambing;

1. Salah anggapan yang selalu ada ialah daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol
yang tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang mempunyai darah tinggi .
2. Salah angapan bahawa daging kambing berbau hamis...
3. Daging kambing sukar didapati di pasar2 jika dibandingkan dengan daging ayam, bebiri dan lembu,

Penerangan untuk point2 diatas;

1. Mengikut kajian daging yang terbaik untuk dimakan adalah daging kambing. Ini adalah kerana daging kambing merupakan daging yang mempunyai kandungan kolestrol, kalori, lemak dan protien yang terendah berbanding sumber daging lain. Cuba rujuk kat bawah nih...

Sumber: USDA Nutrient Database for Standard Reference Release 14 (July 2001)

Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

2. Kami memilih untuk menjual daging baka kambing boer kerana bau nyer tidak hamis dan rasa nya lebih lazat.

3. Ia memang kurang di pasar2.. Jadi kami bawanya kepada anda.. Dari LADANG kepada ANDA!!! buat la tempahan sekarang ... ehehehe ..

p/s: sumber adalah dari blog2 dan beberapa website serta informasi dari rakan2 penternak yang telah memakan daging kambing boer. Belom ada saintifik reasearch yang dibuat sendiri oleh pihak kami.

Jika anda dah cuba mungkin boleh juga berkongsi rasa....

Tuesday, April 22, 2008

KAMBING BUNTING DALAM WAD PASANG SIAP



Minggu lepas ada agak letih sikit.. Seekor kambing bunting ni rupa dah nampak macam sarat benar . Kalalu dulu perut besar pun bleh lari2 nih nak duduk pun kena pelan2 ... Jadi nak tak nak seperti yang disyorkan oleh rerakan 'sifu' maka kene la tukar profession jadi 'carpenter' plak untuk buat bilik untuk yang sarat tu. Kayu, kitorang beli 2nd hand punye kat Labu N9... sesape nak wat kandang bleh la jenguk2 kat sana... macam2 ada ... Kayu tuh pun bawak jugak naik kereta.. memang berjasa abis la kereta tuh..

Setelah bertungkus lumus menggergaji dan bertukang sampai bleh la nampak urat2 tangan sumer.. maka jadi la petak2 (4'X4')yang macam gambar kat atas nih ... Ini kire petak pasang siap la nih ..main ikat2 kat tiang... lepas tak guna nanti bleh tanggalkan.. Setakat nih petak nih masih okay lagi walaupun ditanduk2 ... Kire okay la kot...
Harap2 selesa la kambing tuh kat dalam petak tu sampai beranak..

Petua nak tau kambing bunting :

Petua nih kami dapat dari seorang penjaga ladang yg kami melawat untuk beli kambing. Di sebab kan kitorang nih pengalaman kurang nak tentu kan kambing tuh bunting ke tak .. maka kami pun tanya la kat dia sebab dia nih terer gak rasa nyer .. maklum la jaga beratus2 kambing...Mungkin kalau yang tak tau lagi info nih , untuk kambing bunting kalau kita pegang pangkal ekor dia (yg melekat kat badan) dengan jari, kite dapat rasa ada ruang antara ekor dengan bahagian belakang kambing... kalau tak dapat nak pegang , maka tak bunting la tuh ..

EHEHE ... try la berkesan ke tak berkesan thoery nih ... Renung2 kan dan Selamat mencuba...

Monday, April 21, 2008

Menunggu Masa


Ini la contoh kambing 'kasi' yang khas untuk daging. Tengah tunggu masa bila la tuan dia nak sembelih ehehe . Tapi sebenarnya bila dah jaga kambing2 nih walaupun sekejap je baru sampai dah rasa macam sayang je .. Dah kesian karang dah tak bleh makan plak .. RUGI OOOO dah sembelih pastu takleh nak makan plak ... ehehehe

Q: kambing slaughter umur bape? Leh wat akikah?
A:
CIRI2 kambing slaughter :
Umur : > 1 tahun (ada sepasang gigi)
Jantina: Jantan di kasi
Boleh ke wat akikah?
Merahijau tak jual and 'rekemen' kambing ni untuk tujuan akikah....
Ada orang kata boleh untuk akikah atas sebab2 derang tersendiri ... tapi bagi merahijau, kami kurang yakin atas sebab bila dah kasi kambing tuh dah jadi tak sempurna ... bila tanya2 dekat org2 yang boleh dipercayai , kebanyakan kata pun tak boleh sebab kambing ni dah kurang sifat ... Jadi kalau tak yakin atau was2 lebih eloklah kalau nak buat akikah tuh sembelih kambing yang sempurna sifat2 dia. Tapi kalau 'yakin boleh' terpulang la .. tepuk dada tanya selera.. berselara nye makan daging boer.... Kalau ada pendapat lain bleh la kongsi bersama ye ... Renung2 kan dah selamat beramal

Sesape yang berminat boleh la meng'order' okay.. Info tentang harga ada kat sebelah tuh..
Kalau berminat untuk mengusahakan pasaran kambing slaughter nih boleh la juga contact kami.

Wednesday, April 16, 2008

Pengalaman Pertama

Pengalaman pertama selalu kita ingat. Nak cerita sikit pengalaman pertama merawat cirit birit...

Mungkin bagi yang dah lama dalam penternakan nih cirit birit nih dah tak jadi hal.




Ini ialah kambing pertama kami yang terkena cirit birit dalam masa 2 bulan kami menjadi penternak. Sedih je muka dia ..Balik2 kg, pergi kandang ..alamakkk... mcm lain aje bau dalam nih ... tengok2 satu petak dah penuh najis kambing yg cair..Nasib baik la dia sakit hujung minggu ... sebab kami ada masa hujung minggu saja.. Hari2 biasa kambing dijaga oleh parents Reen. Jadi kesian la kat derang nak jaga kambing yang cirit tuh...


Letih jugakla nak bersih kan kandang , punggung dan badan kambing yang terkena najis kambing tadi. Untuk kali nih sebab kami ada banyak masa nak monitor kambing tu, kami berikan kambing yg sakit makan daun jambu batu dan daun kelapa. Petua nih pun dapat dari ilmu yg diperturunkan oleh rakan2 yg sentiasa membantu dan dari blog2 rakan2 penternak .. alhamdulillah esok nya kambing tuh pun dah sihat walafiat..


Setelah dikaji2 kami rasa lah kambing ni terlebih makan pellet kot..
Jadi sejak hari itu kadar pemberian pellet di sukat mengikut keperluan kambing. Walaupun kambing mintak lebih , takleh dah nak kesian dah :) ....

<