Tuesday, July 29, 2008
KAMBING BERGADUH
hari ni nak cerita sket pasal masalah kambing yang setakat nih tak terpikir lagi macamana nak settle kan...
kalau ada 'otai2' yang tersinggah kat sini bleh la nak kasi idea2 untuk mengatasi masalah ni..
bagi penternak kecil2an macam kami nih agak sukar nak mengasingkan kambing2 yang suka bergaduh dalam kandang.. tak sampai hati plak nak tinggalkan kambing yang kene buli tuh dalam satu kandang ..
setakat nih kambing2 suka berpuak2 .. ada yang group 2 ekor ada yang group 3ekor .. tak boleh nak campur2 kan sebab nanti kambing2 tuh akan bergaduh .. kalau setakat bergurau senda takpe jugak , ni sampai terangkat2 kambing yang kene tanduk ... memang kalau tengok tuh masuk dalam kategori 18SG .. Jadi setakat nih kami dah asing2 kan mereka .. tapi sampai bila kan.. kambing bertambah .. tapi kandang kecil .. lagi nak asing2kan kambing ... macamana ye?
itu je la ... selamat maju jaya kenkawan penternak
Monday, July 14, 2008
RUMPUT OH RUMPUT
lama tak update blog sebab penat ambil kelapa sawit takder idea nak tulis aper...
Semalam mungkin hari terkhir kami akan mengambil daun kelapa sawit ..
bukan sebab kami sudah ada rumput untuk kambing2 kami tapi sebab ladang kelapa sawit tuh dah ada orang beli.. eheheh .. lihat la salah satu pokok sawit yang telah kami kerja kan .. ehehe tinggal pucuk aje..

tapi sebab dah ada orang beli ladang tuh tak boleh la nak ambil daun kelapa sawit lagi..
lagi pun penat jugak nak ambil daun kelapa sawit nih .. nak harap kudrat merahijau je takleh tahan .. nasib baik ada pembantu "badang" yg jugak pompuan tapi kuat... eheheh tak tau dia makan aper sebelum datang malaysia dulu ehehe..
Mula2 risau jugak , ape la yang kambing2 nih nak makan .. kesian derang ..
setelah di pikir2 , kami membuat keputusan untuk memberi rumput kering dan pellet sahaja kepada kambing kami .. rumput kering yang kami berikan adalah alfalfa ... setakat ni yang saya baca dalam blog, website dan pandangan penternak lain , rumput kering (hay) kalau bagi boleh ganti kan rumput segar dan tak memudarat kan .. harap2 kambing2 akan sihat walafiat la... cuma nyer cost untuk rumput dah bertambah byk plak ..
Untuk mengatasi masalah rumput nih kami akan tanam rumput guinea kat tanah tepi kandang .. Harap2 menjadi la rumput kali nih sebab rumput napier yang kami tanam dulu tak menjadi .. mungkin sebab tak cukup cahaya matahari .. Jadi kali nih kami akan tanam rumput guinea di kawasan yang agak lapang supaya rumput mendapat cahaya matahari.
Doakan rumput kami menjadi dan cukup untuk kambing2 yang beberaper ekor kat kandang tuh :)
Monday, June 23, 2008
APA YANG PERLU DI AMBIL KIRA DALAM PEMILIHAN BOER
Saya ada melawt satu website dari penternak Texas, USA ..
mungkin information nih boleh di kongsi dan dapat membantu penternak2
yang baru nak mula dan yang masih baru seperti merahijau nih ..
Kepada otai2 , boleh la bagi komen ye kalau sudi ...
JANGAN PERCAYA SEMUA YANG ANDA LIHAT DI INTERNET
Dalam kemunculan pelbagai blog dan website , terdapat website yang memaparkan gambar kambing2 yang bukan dari kandang sendiri tetapi mengaku itu hasil dari kandang mereka .. Pada pendapat saya kebanyakan penternak suka untuk terus pergi ke kandang untuk melihat sendiri kambing yang di jual .. jadi mungkin keadaan ini tak menjadi masalah kepada penternak malaysia
REGISTERED FULLBLOOD TIDAK MENJAMIN AKAN MENGHASILKAN ANAK2 YANG BERQUALITY
Registered Fullblood bermaksud asal usul boer direkod kan .. Penternak akan dapat mengetahui siapa moyang, datuk , bapak kambing tersebut. Oleh itu kita dapat tahu dan melihat kualiti nenek moyang kambing tersebut dan dapat gambaran kepada kambing dan bakal anak kambing yang kita nak beli .. Tetapi bagi kambing di import , kita tak boleh nak tengok sendiri keturunan kambing tersebut. Oleh itu sebelum membuat keputusan membeli kambing yang ada sijil kita perlu juga belajar menilai ciri2 kambing yang berkualiti... Supaya kita membayar harga yang mahal untuk sesuatu yang berbaloi ... Part nih yang mencabar sikit bagi org2 baru ... Kalau yang dah otai tuh sekali tengok pun dah tau ...
JANGAN TERPENGARUH BAHAWA HANYA BOER DARI SOUTH AFRICA DAN AUSTRALIA SAHAJA YANG TERBAIK
Boer berasal dari S africa dan ramai penternak berpendapat Boer dari S Africa adalah yang terbaik .. Tetapi harga nya tak boleh tahan bagi penternak2 baru yang kurang kaya .. Jadi pilihan kedua yang paling glamour ialah boer dari australia yang masih lagi kategori mahal tapi masih mampu nak beli. Tetapi tidak semesti nya hanya boer dari sana yang berquality. Seperti yang kita lihat dalam blog2 , kambing2 boer tempatan(lahir di malaysia) pun ada yang berquality. Jadi kalau berpeluang membeli kepada penternak dari malaysia mungkin lagi baik kerana kambing pun dah sesuai dgn iklim tempatan.. Mungkin jugak lagi murah..
PERIKSA KAMBING YANG MEMPUNYAI PARUT DI HUJUNG RAHANG
Parut ini selalu nya ada pada kambing yang mengidap penyakit CL (Caseous Lymphadenitis). Ia macam bisul dan selalu nye penternak akan potong sket untuk buang darah ke nanah ke kat tempat penyakit tuh .. jadi elakkan membawa masuk kambing yang mempunyai potensi menyebarkan penyakit ini dia kandang kita..
JANGAN BELI KAMBING KERANA ADA KAMBING DI KANDANG YANG PERNAH MEMENANGI SESUATU PERTANDINGAN KAMBING
Tak semua kambing di kandang itu mempunyai quality yang sama dan mendapat penjagaan yang sama
BELI KAMBING INDUK YANG MEMPUNYAI SEBELAH HANYA SATU PUTING SUSU
Supaya ibu dapat memberi susu kepada anak2 dengan sempurna.. anak2 kambing memerlukan susu awal ibu yang mencukupi untuk megelakan kemungkinan kematian berlaku.
PERCAYA LAHHHH!!!!
Industry Kambing Boer akan memberi kan impact maxima kepada industri daging dia negara ... Selamat menjaga kambing2 semua .. Selamat berjaya...
Kalau ada komen2 mungkin boleh berkongsi sebab saya menulis mengikut apa yang saya baca di website .. mungkin salah mungkin betul ... renung2 kan ...
Monday, June 2, 2008
RIA MERAHIJAU
Berat Ria dalam masa sebulan nih ialah 8.2kg . Alhamdulillah ibu dan Ria 2-2 pun sihat. Harapan kami pembesaran Ria akan terus stabil hingga dia boleh menjadi induk yang unggul ehehe...
Terima Kasih kepada cikgu kami yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan tips2 untuk menjaga anak kambing yang seekor ini. Terima kasih juga kepada rerakan ternak yang sudi meluangkan masa menjawab panggilan telefon dari kami dan memberi nasihat dan tips2 penjagaan. Terima kasih jugak kepada pembantu merahijau dan parents Reen yang menjaga Ria dan kambing2 yang lain dengan bersungguh2.
Ini gambar Ria
Umur sehari
Tak sampai la nak minum
Umur sebulan
Posing Sket
Sedap nyer daun kelapa sawit nih!!!Tuesday, May 27, 2008
ANAK KAMBING UNTUK JUALAN (cont)
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SOLD OUT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sekali lagi peluang untuk mendapat baka yang baik...
Mak dengan bapak dia Fullblood ada certificate ..
Umur : 3-5 bulan
Berat : 15-20 KG
Harga : rm780 ke bawah..
sila call saya kalau berminat.. cepat sebelum kehabisan stok
p/s : ini bukan dari ladang saya ... ladang nih kat kuala kangsar...
Monday, May 19, 2008
KAMBING , MELAYU , PHD DAN POLITIK
Hari ni nak cerita sket apa yang jadi kepada merahijau dan seorang penternak bantuan kerajaan pada minggu lepas. Pada hari sabtu lepas, merahijau dimaklumkan oleh penternak yang menjual rumput kepada merahijau bahawa P******* dah terminate contract bantuan P******* sebab ada org bagitau P******* yg abg nih jual rumput. Sebenarnyer niat dia pun bukan nak untung dengan jual rumput.. saja nak tolong merahijau sementara nak cari tanah yang sesuai untuk menanam rumput ... Nak bagi semangat untuk merahijau untuk terus menjaga kambing2 sebab dulu kami akan cari daun kelapa sawit untuk kambing2 ... Kesian kot tengok kitorang nih susah2 cari daun kelapa sawit... Tapi kitorang nih pun takkan nak terima bantuan FOC , so kitorang pun bayar ajela .. tak byk pun dia letak harga, ikut syarat je ...
Tak sangka pulak ada org yang komplen dekat P*******. Dan yang menyedihkan , melayu sendiri yang buat komplen...Saya tak pasti nak komen apa tentang situasi macamnih samada betul abg tu dah melanggar syarat atau MELAYU JATUHKAN MELAYU ...
Dengar cerita jugak sebenarnye menjual rumput ni, cuma alasan untuk pihak tertentu mendapat kepentingan politik.. maksudnya pihak tertentu nak bagi kambing2 kepada peserta lain yang menyokong parti politik mereka..Kesian dan rasa bersalah jugak .. Sebab nak bantu penternak kecil macam merahijau nih, dia yang terpaksa menanggung rugi.. Ye la penat lelah tanam rumput berekar ekar, keluar duit jaga kambing beratus ekor .. senang2 saja diorang nak ambil balik kambing2 tuh...
Saya ada baca di blog penternak lain yg bantuan kerajaan nih susah nak dapat... tapi bila benda nih jadi ia menyakinkan merahijau bahawa kita kena bergerak sendiri... kalau ada rezeki dan kepentingan baru boleh dapat bantuan...
Ntahla ini yang merahijau dengar dan perhatikan...
kalau betul la kejadian ini berasas kan politik dan PHD ... bila la melayu akan maju ...
Isu nih isu sensitif jadi sampai sini ajela saya bercerita ...
Semoga penternak melayu akan terus bekerjasama...
Wednesday, May 14, 2008
ANAK KAMBING UNTUK JUALAN
peluang untuk mendapat baka yang baik...
Mak dengan bapak dia Fullblood ada certificate ..
Umur : 6-7 bulan
Berat : 25 KG
Harga : rm800 ke bawah..
sila call saya kalau berminat.. cepat sebelum kehabisan stok
p/s : ini bukan dari ladang saya ... ini ladang kwan...