Tuesday, November 25, 2008

PERKONGSIAN ILMU

Hari ini saya terbaca satu artikel yang agak menarik mengenai perkongsian ilmu perngetahuan.
Sejak kami mula menceburkan diri dalam bidang penternakan ini ramai rakan2 penternak yang masih merangkak, berjalan dan ada juga yang sudah memecut laju ke hadapan tidak lokek memberikan dan berkongsi ilmu mereka kepada kami.. Banyak ilmu yang dikongsi terutama dalam bidang pengurusan ternakan ini amat berguna dalam membantu kami mengorak langkah dalam penternakan kambing ini.. Terima Kasih diucapkan ...

Tetapi tidak ketinggalan juga ada segelintir yang mencurahkan ilmu yang salah dan tidak cukup sifat yang mendorong kepada beberapa masalah dalam pengurusan ternakan kami.. Ilmu yang tak cukup sifat nih kami andakan kepada yang memberikan ilmu sekerat2.. takut kalau diberikan semua , habis ilmu di dada pulak.. ehehe.. Kami berterimakasih juga untuk ilmu sebegini kerana dengan ada nya situasi begini membuatkan kami lebih berjaga2 dan menambahkan senarai apa yang patut dan tidak patut dilakukan dalam penternakan. Bagi kami , itu adalah ilmu yang amat berguna kepada kami juga..

Saya berbual dengan seorang penternak yang berjaya dan beliau telah memberi banyak nasihat dan salah satu dari ayat yang selalu beliau nyatakan ialah keikhlasan memberi ilmu kerana bagi beliau satu yang beliau berikan akan di beri ganjaran 10 dari ALLAH SWT. Jadi kita tidak perlu kedekut ilmu kerana ilmu di dunia ini tak akan habis ...

Mengenai artikel yang saya baca, ini ayat yang menarik perhatian saya ;

Ada orang mengatakan, apabila saya ada satu epal dan anda ada satu epal,
apabila anda berikan satu epal kepada saya dan kita bertukar epal, anda masih
ada satu epal dan saya ada satu epal. Tetapi apabila saya berikan anda satu
ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, saya ada dua ilmu, anda ada dua ilmu.


okay.. semoga kita mendapat ikhtibar dari penulisan kami pada kali ini ... masih banyak lagi ilmu yang kami belum terokai dan marila kita mengekal kan nilai murni yang ada sekrang ...

Wednesday, November 12, 2008

DIAN DAN GHINA

Salam pengunjung blog .. Hari ini nak cerita sikit perkembangan anak2 kambing merahijau yang dah berumur 2 bulan lebih .. Setakat nih anak2 kambing 2 ekor nih manja sangat dan dalam proses penceraian susu.

Kali ini kami mula kan awal supaya anak kambing cepat biasa berdikari. Ini kerana anak kambing pertama kami dahulu , pada usia 3 bulan lebih baru kami nak pisahkan dari ibu dan proses itu agak susah kerana ibu dan anak masing2 mengembek dengan kuat kerana terpisah. Jadi kali ini kami sudah mengajar anak2 kambing supaya keluar dari kotak ibu masing2 dan bersosial. ehehe ..

Lagi pun teringat la semasa kami melawat satu ladang di n9 dan juga masa sembang2 dgn rakan2 penternak .. Tuan ladang cakap tumbesaran anak kambing yang bebas keluar masuk dari kandang ibu lebih cepat daripada anak yang dikurung bersama ibu sahaja..

Pada kotak ibu masing2 kami bukak kayu agak besar sedikit supaya anak kambing bebas keluar masuk ..

Setelah 2 bulan lebih maka inilah perkembangan terbaru anak kambing merahijau..
Berat Dian-F4 ialah 21kg dan berat Ghina - F2 ialah 20kg.. Walaupun Ghina lahir seminggu awal tapi sebab Dian mempunyai lebih darah boer memang nampak bentuk dan kenaikan berat Dian lebih dari Ghina..
Gambar akan di update nanti ... Sibuk sangat main ngan anak kambing yang 2 tuh terlupa nak amik gambar :) ... Maklumla 2 ekor aje anak kambing bleh la nak layan .. :)..

Misi sekrang nih untuk mencari penjantan baru untuk menjadi calon suami mereka.. Tak lama lagi dah bleh kawen tuh ... Sape ada calon bleh la promo sket2 ek ehehehe... Letak la rege yang discount ..eheheh
Walaupun ada jugak penternak yang cakap 2 bulan -4bulan tuh belum tentu bleh terus hidup .. tapi kami berdoa dan berharap 2 anak kambing nih akan terus hidup dan membiak ..

Selamat Maju Jaya semua

nih gambar anak gambing yang 2 ekor aje tuh .. Susah nak amik gambar derang nih sebab derang pun sibuk gak macam pandai nak pegang kamera.. jadi time nak tido ajela bleh amik gambar ekeke..


Dian



Ghina - Ermmm penatnyer melompat2.. nak tido la plak

Dian - nak join tido gak la ..boring plak main sorang2

Monday, November 3, 2008

JAWARANDU

Salam kepada pengunjung blog... hari nih nak bukak cerita sikit pasal kambing jawarandu sebab hari ini merahijau telah membeli 2 ekor kambing jawarandu. Bila kami memulakan penternakn kambing nih, kami konsentrate untuk boer sahaja dan tak nak menternak kambing lain... Tetapi objectif merahijau membeli kambing ini adalah untuk bekalan kambing yang lebih murah daripada kambing boer.. Jadi kalau ada org nak beli kambing mahal boleh la membeli kambing boer kami dan kalau nak yang murah pun boleh juga sebab kami ada kambing jawarandu... Kami mulakan dengan 2ekor dulu untuk kami membiasakan diri menternak kambing jenis jawarandu.. Maklum la kami belum terer lagi dalam penternakan kambing.. Lagi pun ditambah dengan kesempitan ruang di kandang kami yang tak seberapa besar tuh...

Ini sedikit sebanyak cerita pasal jawarandu yang kami perolehi daripada laman2 web..

Kambing jawarandu adalah hasil daripada kacukan kambing Peranakan Etawa (Jamnapari Kacukan) dengan kambing Kacang (Indonesia) . Kambing Kacang mempunyai daya tahan lasak dan kacukan yang dibuat adalah untuk memberi kan daya tahan yang kuat kepada kambing jawarandu. Manakala Jawarandu mempunyai bentuk badan yang lebih besar daripada kambing Kacang kerana mengikut bentuk badan daripada PE. Jadi Kacukan yang baik ini menghasilkan baka kambing Jawarandu yang tahan lasak dan besar dan ia sesuai untuk tujuan kambing daging. Penghasilan susu juga agak memuaskan dengan 1.5L sehari.

Penternakan Jawarandu ini masih dalam pemerhatian ... Harapan kami kambing 'pioneer' nih akan melahirkan anak2 yang best2 ... :) .. Nanti bila kambing dah dihantar di kandang kami akan letak gambar disini .. Kepada para penternak yang telah lama berkecimpung dalam penternakan kambing ni boleh la tolong2 bagi nasihat atau pandangan mengenai kambing jawarandu nih... Terima kasih

Sunday, October 5, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Merahijau nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selama hari raya kepada semua pengunjung blog ini dan rakan2 ternak .. Raya tahun ini adalah raya pertama merahijau.. Disebabkan kandang dah di belakang rumah maka kene jugak wat 'open kandang'.. sanak sedara yang datang tak henti2 melawat kandang kami yang tak seberapa besar tu untuk melihat kambing2 BOER yang beberaper kerat tuh eheheh..
Bila dah beraya nih berkenalan pulak dengan seorang uncle yang rupa2 nyer sekampung..

Ada juga yang membeli daging boer merahijau untuk masak rendang .. Ada yang buat bihun sup ..
tapi ada jugak yang masih setia dengan kari kambing.. :) .. apa2 pun masakan.. so far semua pun suka ..
kebanyakan nyer tak percaya itu daging kambing sebab daging nyer lembut, takder bau dan kurang lemak..
Org yg ada darah tinggi pun alhamdulilah setakat nih makan daging BOER tak sakit kepala ...
tapi apa pun kebaikan daging kambing BOER nih .. belum ramai lagi yang terbuka hati untuk membeli daging kambing untuk makanan harian seperti daging lembu.. Sebab utama nya mungkin salah tanggapan terhadap daging kambing dan harga daging BOER yang agak mahal dalam ekonomi yg agak tak beraper baik nih.

Semoga satu hari nanti bekalan daging kambing akan bertambah dan menjadi murah dan mampu dibeli oleh semua org .. Semoga berjaya semua penternak ...

Wednesday, September 10, 2008

KEMATIAN PERTAMA

Salam kepada pengunjung blog.. pada 23-aug lepas , seekor induk boer telah selamat melahirkan anak kembar yang sihat.. Seekor berat 3kg dan seekor berat 3.6kg .. 2-2 pun betina dan sihat.. bawah nih gambar anak kambing dalam beberapa jam selepas kelahiran.. seekor rupa macam bapak dia (kepala coklat gelap), seekor macam mak dia (kepala coklat cair sket) ehehe...


inilah kelahiran kembar yang pertama kami .. memang seronok dapat 2 anak kambing nih .. tapi seronok sekejap aje .. sehari selepas dilahirkan anak kambing yang kepala coklat pekat tuh tak boleh bangun .. Rasa nya dah kembung. Kami bagi minum air halia, sapu minyak, urut2 perut dia tapi tak berjaya di selamatkan ... Sedih aje tengok dia tapi mungkin tader rezeki .. Bawah nih gambar masa sakit ...



Jadi sekarang nih tinggal la seekor sahaja.. semoga dia membesar bagai johan dan memberi anak2 kambing yang banyak :) ... Nama dia Dian ... Cahaya yang akan menyinari jalan merahijau ..


Mungkin para pengunjung blog merahijau boleh memberi tips2 dan pandangan bagaimana untuk mengelak kan perkara yang sama terjadi .. atau mungkin tahu apa sebenarnya sebab kematian anak kambing dan cara untuk merawat sekiranya perkara sama terjadi lagi .. Nasihat dan tips2 yang diberi amat dialu2kan dan amat dihargai..

Semoga berjaya semua penternak...

Wednesday, August 20, 2008

TINGGAL KENANGAN


Seperti topik kali ini .. bila cerita pasal tinggal kenangan , mesti berkaitan dengan sesuatu yang dah tak ada .. Itu lah yang terjadi kepada Merahijau .. Pagi semalam, kami menerima panggilan dari kampung memberitahu 2 ekor kambing betina merahijau telah dicuri orang.. Kegembiraan menerima Ghina bertukar menjadi kesedihan kehilangan 2 ekor kambing betina. Kami mendapati , pagar rumah telah dipotong dan ada kesan kandang di pecahkan. Kami telah membuat report polis walaupun pada kami harapan untuk mendapat kembali kambing2 tuh dah takder.. Pada pendapat kami pencuri mungkin tak datang lagi tapi malam semalam dia datang lagi .. tetapi kekecohan dikandang menyedarkan pembantu kandang yang tidor di bilik berdekatan dengan kandang.. pencuri yang menyedari lampu rumah terpasang berjaya melarikan diri .. Bila pagi ternampak kesan kopakan di dinding kandang .. tapi tiada kambing yang hilang pada percubaan kali ini.. Bila pikir balik teringat kat penternak yang kene curi bersih satu kandang baru2 nih yang masuk paper... kami yang baru 2 ekor kene curi dah rasa tensen macamnih , macamana la pernternak tuh yer ... Sama2 la berdoa agar pencuri kambing dapat di tangkap .. Aminn...

2 ekor kambing betina yang kene curi ...

Sunday, August 17, 2008

GHINA MERAHIJAU

Salam untuk pengunjung blog merahijau

pada 17aug dalam pukul 1:06pm , Ghina dilahirkan .. Ghina dilahirkan kecil seberat 2.2kg sahaja .. Jantina- Betina .. Semasa awal kelahiran kami dan pembantu kandang terpaksa memberi bantuan kepada Ghina untuk minum susu awal ibu.. Ibu Ghina ialah kambing boer F1. ini kali pertama kami melihat sendiri kelahiran anak kambing. sungguh menakjubkan .. alhamdulillah Ghina dan ibu selamat... Ini lah detik2 kelahiran Ghina ..

Ghina baru dilahirkan

Tolong bersihkan Ghina

Ghina masih lemah.. diberi bantuan minum susu ..

Setelah 2 jam menunggu tetapi Ghina masih tak boleh berdiri.. Kesian tengok Ghina.. Dia kecil sangat dan tak boleh nak berdiri.. Ibu Ghina pula terlalu protective.. Tak boleh langsung nak dekat dengan anak dia .. Jadi kami terpaksa pegang ibu kuat2 dan bantu Ghina untuk minum susu awal ibunyer (kolostrum) . Selepas minum baru Ghina nampak bertenaga dan sikit2 boleh berdiri walaupun tak lama berdiri dah tergolek balik ehehehe..

Walaupun masih memerlukan bantuan tapi Ghina dah semakin bertenaga .. Kami sedaya upaya membantu Ghina mendapatkan kolustrom ibu sebanyak mungkin dalam masa 6 jam pertama kelahiran. Selepas minum beberapa kali alhamdulillah Ghina dah boleh jalan dan minum susu sendiri tetapi masih memerlukan bantuan sebab masih lemah tak bleh nak imbang badan lama2 masa minum susu .. Bila dah kuat sikit kami bawak Ghina amik gambar ehehehe


Macam rabbit pun ada gak

Pegang kuat2 ye takut jatuh

Okay sampai sini saje.. Semoga Ghina membesar dengan sihat dan jika ada nasihat daripada otai2 penternak dari segi penjagaan anak kambing sila la beri nasihat kepada kami yang baru nih...

Ghina bermakna kekayaan .. Semoga kelahiran Ghina memberi rezeki yang murah kepada Merahijau insyallah ..


<