Wednesday, January 28, 2009

KENAPA KAMBING MAKAN KAYU, PLASTIK DAN TALI?

Minggu lepas saya melawat kandang yg lebey sebulan tak kunjungi di sebab kan terpaksa o/station.
Saya lihat satu tabiat baru iaitu kambing mengigit dinding2 kayu kandang ..
Tali2 pengikat untuk kotak2 kandang ibu juga kene gigit ..
Risau juga bila tengok keadaan macam nih ... Ini gambar kambing yang asyik memakan kayu ...
ntah aper la yang derang suka sangat kat kayu tuh .. nak kata tak selera makan yang lain makan jugak..
tapi kayu pun makan jugak.. kenaper yer?





Menunjukkan sedap nyer menggigit kayu kepada rakan sekandang

Tali pun sedap


Jadi kalau ada rakan2 penternak yang lain dapat membantu untuk memberi pendapat dialu-alukan la.. Takut plak kang kandang tak berdinding ..

SEMUT DAN KUDA

Salam kepada pengunjung blog...
Lama tak update blog sebab sibuk dengan kerja2 (makan gaji)..
Melihat kepada title diatas bukan makna nya MH nak start ternak semut atau kuda ehehe..
pagi tadi saya menerima emel yang rasa nya sesuai dikongsi bersama...


CERITA SEEKOR KUDA DAN SEMUT
PADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.
Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.
Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi. Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan.

Sebaik sahaja menghapiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda, "hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini." "Saya sedang berehat wahai semut," jawab kuda. "Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali," tanya semut lagi. "Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku," jawab kuda itu lagi. Maka semut itu pun bertanya, "punya siapakah beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?"Maka kuda pun menjawab, "punya bosku yang ada di sana yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon itu.""Oh begitulah ceritanya," kata sang semut tersebut sambil tersenyum.. Sang kuda berkata, "eh! Kamu semua kenapa begitu gembira?" kata sang kuda kepada sang semut tadi. "Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali." "Kenapa boleh jadi begitu ya?" tanya sang kuda dengan rasa hairan. Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: "Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda." "Apa itu perbezaannya?" tanya kuda."Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, punya majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah punya kami sendiri, bukan punya bos kami," demikian penjelasan semut itu. Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.Apa moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: "Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah." Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah. Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.

semoga rakan2 berjaya dan gigih berusaha dalam ternakan ...

Tuesday, November 25, 2008

PERKONGSIAN ILMU

Hari ini saya terbaca satu artikel yang agak menarik mengenai perkongsian ilmu perngetahuan.
Sejak kami mula menceburkan diri dalam bidang penternakan ini ramai rakan2 penternak yang masih merangkak, berjalan dan ada juga yang sudah memecut laju ke hadapan tidak lokek memberikan dan berkongsi ilmu mereka kepada kami.. Banyak ilmu yang dikongsi terutama dalam bidang pengurusan ternakan ini amat berguna dalam membantu kami mengorak langkah dalam penternakan kambing ini.. Terima Kasih diucapkan ...

Tetapi tidak ketinggalan juga ada segelintir yang mencurahkan ilmu yang salah dan tidak cukup sifat yang mendorong kepada beberapa masalah dalam pengurusan ternakan kami.. Ilmu yang tak cukup sifat nih kami andakan kepada yang memberikan ilmu sekerat2.. takut kalau diberikan semua , habis ilmu di dada pulak.. ehehe.. Kami berterimakasih juga untuk ilmu sebegini kerana dengan ada nya situasi begini membuatkan kami lebih berjaga2 dan menambahkan senarai apa yang patut dan tidak patut dilakukan dalam penternakan. Bagi kami , itu adalah ilmu yang amat berguna kepada kami juga..

Saya berbual dengan seorang penternak yang berjaya dan beliau telah memberi banyak nasihat dan salah satu dari ayat yang selalu beliau nyatakan ialah keikhlasan memberi ilmu kerana bagi beliau satu yang beliau berikan akan di beri ganjaran 10 dari ALLAH SWT. Jadi kita tidak perlu kedekut ilmu kerana ilmu di dunia ini tak akan habis ...

Mengenai artikel yang saya baca, ini ayat yang menarik perhatian saya ;

Ada orang mengatakan, apabila saya ada satu epal dan anda ada satu epal,
apabila anda berikan satu epal kepada saya dan kita bertukar epal, anda masih
ada satu epal dan saya ada satu epal. Tetapi apabila saya berikan anda satu
ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, saya ada dua ilmu, anda ada dua ilmu.


okay.. semoga kita mendapat ikhtibar dari penulisan kami pada kali ini ... masih banyak lagi ilmu yang kami belum terokai dan marila kita mengekal kan nilai murni yang ada sekrang ...

Wednesday, November 12, 2008

DIAN DAN GHINA

Salam pengunjung blog .. Hari ini nak cerita sikit perkembangan anak2 kambing merahijau yang dah berumur 2 bulan lebih .. Setakat nih anak2 kambing 2 ekor nih manja sangat dan dalam proses penceraian susu.

Kali ini kami mula kan awal supaya anak kambing cepat biasa berdikari. Ini kerana anak kambing pertama kami dahulu , pada usia 3 bulan lebih baru kami nak pisahkan dari ibu dan proses itu agak susah kerana ibu dan anak masing2 mengembek dengan kuat kerana terpisah. Jadi kali ini kami sudah mengajar anak2 kambing supaya keluar dari kotak ibu masing2 dan bersosial. ehehe ..

Lagi pun teringat la semasa kami melawat satu ladang di n9 dan juga masa sembang2 dgn rakan2 penternak .. Tuan ladang cakap tumbesaran anak kambing yang bebas keluar masuk dari kandang ibu lebih cepat daripada anak yang dikurung bersama ibu sahaja..

Pada kotak ibu masing2 kami bukak kayu agak besar sedikit supaya anak kambing bebas keluar masuk ..

Setelah 2 bulan lebih maka inilah perkembangan terbaru anak kambing merahijau..
Berat Dian-F4 ialah 21kg dan berat Ghina - F2 ialah 20kg.. Walaupun Ghina lahir seminggu awal tapi sebab Dian mempunyai lebih darah boer memang nampak bentuk dan kenaikan berat Dian lebih dari Ghina..
Gambar akan di update nanti ... Sibuk sangat main ngan anak kambing yang 2 tuh terlupa nak amik gambar :) ... Maklumla 2 ekor aje anak kambing bleh la nak layan .. :)..

Misi sekrang nih untuk mencari penjantan baru untuk menjadi calon suami mereka.. Tak lama lagi dah bleh kawen tuh ... Sape ada calon bleh la promo sket2 ek ehehehe... Letak la rege yang discount ..eheheh
Walaupun ada jugak penternak yang cakap 2 bulan -4bulan tuh belum tentu bleh terus hidup .. tapi kami berdoa dan berharap 2 anak kambing nih akan terus hidup dan membiak ..

Selamat Maju Jaya semua

nih gambar anak gambing yang 2 ekor aje tuh .. Susah nak amik gambar derang nih sebab derang pun sibuk gak macam pandai nak pegang kamera.. jadi time nak tido ajela bleh amik gambar ekeke..


Dian



Ghina - Ermmm penatnyer melompat2.. nak tido la plak

Dian - nak join tido gak la ..boring plak main sorang2

Monday, November 3, 2008

JAWARANDU

Salam kepada pengunjung blog... hari nih nak bukak cerita sikit pasal kambing jawarandu sebab hari ini merahijau telah membeli 2 ekor kambing jawarandu. Bila kami memulakan penternakn kambing nih, kami konsentrate untuk boer sahaja dan tak nak menternak kambing lain... Tetapi objectif merahijau membeli kambing ini adalah untuk bekalan kambing yang lebih murah daripada kambing boer.. Jadi kalau ada org nak beli kambing mahal boleh la membeli kambing boer kami dan kalau nak yang murah pun boleh juga sebab kami ada kambing jawarandu... Kami mulakan dengan 2ekor dulu untuk kami membiasakan diri menternak kambing jenis jawarandu.. Maklum la kami belum terer lagi dalam penternakan kambing.. Lagi pun ditambah dengan kesempitan ruang di kandang kami yang tak seberapa besar tuh...

Ini sedikit sebanyak cerita pasal jawarandu yang kami perolehi daripada laman2 web..

Kambing jawarandu adalah hasil daripada kacukan kambing Peranakan Etawa (Jamnapari Kacukan) dengan kambing Kacang (Indonesia) . Kambing Kacang mempunyai daya tahan lasak dan kacukan yang dibuat adalah untuk memberi kan daya tahan yang kuat kepada kambing jawarandu. Manakala Jawarandu mempunyai bentuk badan yang lebih besar daripada kambing Kacang kerana mengikut bentuk badan daripada PE. Jadi Kacukan yang baik ini menghasilkan baka kambing Jawarandu yang tahan lasak dan besar dan ia sesuai untuk tujuan kambing daging. Penghasilan susu juga agak memuaskan dengan 1.5L sehari.

Penternakan Jawarandu ini masih dalam pemerhatian ... Harapan kami kambing 'pioneer' nih akan melahirkan anak2 yang best2 ... :) .. Nanti bila kambing dah dihantar di kandang kami akan letak gambar disini .. Kepada para penternak yang telah lama berkecimpung dalam penternakan kambing ni boleh la tolong2 bagi nasihat atau pandangan mengenai kambing jawarandu nih... Terima kasih

Sunday, October 5, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Merahijau nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selama hari raya kepada semua pengunjung blog ini dan rakan2 ternak .. Raya tahun ini adalah raya pertama merahijau.. Disebabkan kandang dah di belakang rumah maka kene jugak wat 'open kandang'.. sanak sedara yang datang tak henti2 melawat kandang kami yang tak seberapa besar tu untuk melihat kambing2 BOER yang beberaper kerat tuh eheheh..
Bila dah beraya nih berkenalan pulak dengan seorang uncle yang rupa2 nyer sekampung..

Ada juga yang membeli daging boer merahijau untuk masak rendang .. Ada yang buat bihun sup ..
tapi ada jugak yang masih setia dengan kari kambing.. :) .. apa2 pun masakan.. so far semua pun suka ..
kebanyakan nyer tak percaya itu daging kambing sebab daging nyer lembut, takder bau dan kurang lemak..
Org yg ada darah tinggi pun alhamdulilah setakat nih makan daging BOER tak sakit kepala ...
tapi apa pun kebaikan daging kambing BOER nih .. belum ramai lagi yang terbuka hati untuk membeli daging kambing untuk makanan harian seperti daging lembu.. Sebab utama nya mungkin salah tanggapan terhadap daging kambing dan harga daging BOER yang agak mahal dalam ekonomi yg agak tak beraper baik nih.

Semoga satu hari nanti bekalan daging kambing akan bertambah dan menjadi murah dan mampu dibeli oleh semua org .. Semoga berjaya semua penternak ...

Wednesday, September 10, 2008

KEMATIAN PERTAMA

Salam kepada pengunjung blog.. pada 23-aug lepas , seekor induk boer telah selamat melahirkan anak kembar yang sihat.. Seekor berat 3kg dan seekor berat 3.6kg .. 2-2 pun betina dan sihat.. bawah nih gambar anak kambing dalam beberapa jam selepas kelahiran.. seekor rupa macam bapak dia (kepala coklat gelap), seekor macam mak dia (kepala coklat cair sket) ehehe...


inilah kelahiran kembar yang pertama kami .. memang seronok dapat 2 anak kambing nih .. tapi seronok sekejap aje .. sehari selepas dilahirkan anak kambing yang kepala coklat pekat tuh tak boleh bangun .. Rasa nya dah kembung. Kami bagi minum air halia, sapu minyak, urut2 perut dia tapi tak berjaya di selamatkan ... Sedih aje tengok dia tapi mungkin tader rezeki .. Bawah nih gambar masa sakit ...



Jadi sekarang nih tinggal la seekor sahaja.. semoga dia membesar bagai johan dan memberi anak2 kambing yang banyak :) ... Nama dia Dian ... Cahaya yang akan menyinari jalan merahijau ..


Mungkin para pengunjung blog merahijau boleh memberi tips2 dan pandangan bagaimana untuk mengelak kan perkara yang sama terjadi .. atau mungkin tahu apa sebenarnya sebab kematian anak kambing dan cara untuk merawat sekiranya perkara sama terjadi lagi .. Nasihat dan tips2 yang diberi amat dialu2kan dan amat dihargai..

Semoga berjaya semua penternak...


<