Salam kepada pengunjung blog.. pada 23-aug lepas , seekor induk boer telah selamat melahirkan anak kembar yang sihat.. Seekor berat 3kg dan seekor berat 3.6kg .. 2-2 pun betina dan sihat.. bawah nih gambar anak kambing dalam beberapa jam selepas kelahiran.. seekor rupa macam bapak dia (kepala coklat gelap), seekor macam mak dia (kepala coklat cair sket) ehehe...
inilah kelahiran kembar yang pertama kami .. memang seronok dapat 2 anak kambing nih .. tapi seronok sekejap aje .. sehari selepas dilahirkan anak kambing yang kepala coklat pekat tuh tak boleh bangun .. Rasa nya dah kembung. Kami bagi minum air halia, sapu minyak, urut2 perut dia tapi tak berjaya di selamatkan ... Sedih aje tengok dia tapi mungkin tader rezeki .. Bawah nih gambar masa sakit ...
Jadi sekarang nih tinggal la seekor sahaja.. semoga dia membesar bagai johan dan memberi anak2 kambing yang banyak :) ... Nama dia Dian ... Cahaya yang akan menyinari jalan merahijau ..
Mungkin para pengunjung blog merahijau boleh memberi tips2 dan pandangan bagaimana untuk mengelak kan perkara yang sama terjadi .. atau mungkin tahu apa sebenarnya sebab kematian anak kambing dan cara untuk merawat sekiranya perkara sama terjadi lagi .. Nasihat dan tips2 yang diberi amat dialu2kan dan amat dihargai..
Semoga berjaya semua penternak...
1 comment:
Salam Tuan,
Bawa bersabar, ini semua dugaan dari Allah s.w.t. Lebih kurang 2 minggu lepas, anak kambing saya pun mati seekor selepas 3 hari beranak. Jika ada kelapangan silalah layari blog saya - http://nizamfarm.blogspot.com
Post a Comment