Sunday, August 5, 2012

KANDANG KAMI DITUTUP

Saya ingin memaklumkan disini bahawa kandang kami telah ditutup.

Setelah beberape tahun menjalan kan perniagaan ini kami akhir nye bersepakat untuk menceburi bidang perniagaan lain. Segala kerjasama dan tunjuk ajar dari rakan2 penternak amat kami hargai dan kami sangat berterima kasih. Semoga persahabatan kita berkekalan dan selama maju jaya kepada yang masih menjalankan penternakan kambing atau yang telah bertukar arah. Sesungguhnya pengalaman ini sangat bernilai bagi kami..

-@@MERAHIJAU@@-

Monday, May 3, 2010

MARI MINUM SUSU KAMBING SEGAR

Salam semua... Hari ini kami melangkah ke arah penjualan susu kambing ...
Khasiat susu kambing ada banyak... nak tahu lebih lanjut boleh la cari2 dalam posting yang lepas... Tapi sekarang kami menjual susu kambing segar..
Susu kambing segar menyimpan nutrisi susu kambing yang lebih baik kerana nutrisi yang ada tidak hilang daripada beberaper langkah pemprosesan susu kambing.
Cara untuk menyediakan susu kambing;
selalu nya susu kambing yang dijual adalah dalam bentuk beku.
1- sedia kan air panas dalam bekas..
2- masukkan botol yang mengandungi susu kambing beku
3- tukar air panas apabila sudah sejuk sehingga susu beku tadi cair keseluruhan dan menjadi suam.
4- Ready untuk dimimun... SEDAPPPP....


jika susu kambing di masak pada tahap mendidih, nutrisi susu akan berkurangan..

HARGA : 200ml --> RM4.50 300ml --> RM5.50

Wednesday, March 31, 2010

KANDANG BARU SIAP

2 minggu lepas kandang baru siap .. alhamdulillah... Jadi kambing dah tak sempit2 lagi kat kandang.. Anak2 kambing bleh la nak belari2 ehehe...

itu aje perkembangn kali ini ...

di sini saya pun nak tanyer ada tak sesiapa yang ada pengalaman klau kambing kembung ..
sebab kat tempat saya kalau kambing kembung memang ada yang selamat tapi kebanyakan mati .. sekrang nih kami akan bagi minyak saje ... dulu ada bagi ubat kembung api macam tak berkesan sangat ...

Selamat maju jaya semua

Saturday, March 6, 2010

KAMBING GUGUR

Salam kepada penternak dan pengunjung blog ini..
Kali ini kami nak share pengalaman kami berhadapan dengan keguguran kambing yang berturut2...
Mungkin rakan2 boleh berkongsi pendapat dan pengalaman juga..
Minggu ini 5 ekor kambing boer kami mengalami keguguran sehari seekor...
Sedih dan mendebarkan kerana kami tak tau punca nya...
Mungkin juga sebab stress bunyi2 pertukangan berdekatan kandang...
Jadi kami pun beri la ubat stress... tapi ape kan daya tak berkesan ..
Buat masa ni ujian darah dimaklumkan okay aje...
Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi boleh la jugak...
Sayang jugak kambing tu dari baka yang best jugakla ehe...

Sunday, January 10, 2010

KAMI SEDIAKAN KHIDMAT MEMASAK













Bulan ini kami telah mencuba menyediakan khidmat memasak daging kambing kepada pelanggan kami ..

Dengan bantuan beberapa kenalan yang ada restauran dan yang terer memasak .. Merahijau membantu pelanggan untuk memasak kambing yang dibeli daripada kami... Bagi yang kami tak tau nak buat merahijau membantu untuk dapat kan caterer yang boleh menyediakan masakan kambing yg digemari pelanggan.

Antara masakan yang telah kami sedia kan adalah pulut kuning bersama rendang, kari dan kambing golek..
Yang kambing golek tu disebab kan kami takder kelengkapan terpaksa la meminta caterer yang buatkan ..

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk membeli daging kambing MERAHIJAU dan tak sempat nak masak, tak jadi masalah lagi ..

Hubungi la kami ye kalau rasa nak makan daging boer...

Sunday, December 20, 2009

PINDAH

Salam kepada pengunjung blog... dah agak lama tak update blog ni (4bulan la jugak)..
Aktiviti terbaru MERAHIJAU adalah proses pemindahan kambing2 ke ladang yang baru..
Ladang baru ini kami bina dengan kandang berukuran 80 x 20 . Alhamdulillah semua nya berjalan lancar dah semua kambing dikandang lama telah selamat berpindah ke kandang baru..
Kandang kami tak la sehebat mana.. Kami gunakan semuanya kayu 2nd hand. Cuma tiang bawah kandang aje yang baru (tiang batu) ehehe.. Rasa nya takder jumpa lagi batu bata 2nd hand .. Kami harap walaupun guna kayu 2nd hand kerja2 maintain kandang takla selalu sangat kene buat.. Penat gak kalau asyik nak mengetuk aje bila naik kandang ... Ini gambar dari dalam kandang
..

Untuk memenuhkn sket ahli kandang, kami ada membeli beberapa ekor boer, saanen cross dan anglo cross disamping dapat mempelbagaikan lagi spesies kambing disini.. Lagipun kadang2 ada jugak org datang nak beli kambing yang murah2 .. jadi kene la sedia kan sket stok .. Dalam penghataran kambing yang dibeli.. ada plak yang beranak dalam lori .. ehehe..




Anak yang dilahirkan dalam lori

Anak pertama kandang baru.. Yang ni kambing kampung + kambing boer ... Disebabkan anak dia besar, susah jugak la nak keluarkan anak boer nih...

Di samping sibuk pindahkan kambing, rumput napier india pun dah makin banyak.. ini benih2 napier yang kami kumpulkan untuk dijual.. Harga seruas adalah rm0.15 .. tak banyak pun yang ada .. kalau ada yang nak beli bleh la menghubungi kami .. Tapi kami tak potong seruas2.. dalam sebantang tu ada la dalam 4 ruas .. Kami takla kira ngam2.. kiraan ala kadar aje kasi lebih2 sket kalau ada insyallah..

Jadi itu ajela update untuk kali ini .. doakan kami akan maju dimasa akan datang... Trima kasih diatas segala bantuan dan nasihat serta tunjuk ajar rakan2...

Sunday, August 16, 2009

HASIL RUMPUT PERTAMA


Salam..
Kali nih nak share pengambilan pertama hasil rumput yang kami tanam..
Nak habiskan sebelum puasa .. Yela penat jugak nak ambil rumput nih ..
Dah banyak2 tuh berat betul rmput nih.. Daun pun tajam2 gak..
Jadi pertama kali ambil rumput nih yang pakai baju lengan pendek , calar2 gak la tangan..
Ehe tapi seronok tengok rumput2 yang dah letak atas lori.. Bila tengok kambing makan lagi seronok ehe...





Thursday, August 6, 2009

MENANAM RUMPUT

Salam...


Dah lama rasa nya tak update blog. Sibuk banyak dengan kerja (makan gaji) dengan kerja2 mengusahakan tanah untuk tujuan membesarkan projek kambing kami.. Setelah setahun jagung lebih dalam penternakan kambing , kami masih semangat nak memulakan penternakan kambing secara komersial dengan lebih bersungguh-sungguh... Nak kata kami dah pandai tak jugak.. makin hari makin macam2 benda yang tak tahu.. Dugaan makin banyak lebih2 lagi baru2 ini kambing kami banyak yang sakit dan mati. Sedih dan penat jugak nak menguruskan kambing2 yang sakit. Alhamdulillah kawan2 penternak dan Dr2 penjual ubat membantu memberi petua2 dah nasihat.

Memulakan dengan sebidang tanah yang bersemak kami mula dengan kerja2 pembersihan tanah.

Membersihkan tanah

Dulu semasa kami mulakan projek kambing nih, nasihat tulus ikhlas dari rakan penternak khirul-aminagrotech kami abaikan kerana terlalu bersemangat nak masukkan kambing cepat. Kata dia , apa2 pun kak rumput kena tanam.. kambing nak kene makan .. lepas makanan dah ada baru la pikir pasal kambing.. Ini nasihat penternak melalui pengalaman... Nasihat pengusaha kambing dan penjual yang mendapat komisen pulak - memang rumput penting tapi kambing boleh ambil rumput kat tepi2 jalan... pellet aje pun boleh kasi. Yela nak jual kambing cepat..Jadi tanpa pengalaman dan mengikukan hati untuk masukkan kambing kami ambil yang mudah pasal rumput ... Kesan nyer agak mencabar... Jadi untuk kali ini .. kami pasti rumput tanam dulu... Thank You Khirul ... Bagi penternak baru ak mula bolehla mengambil iktibar dari kisah ini..

Kami menanam rumput napier taiwan, australia dah india. Napier taiwan kami beli dari penternak berdekatan. Sedikit napier australia ada penternak di Jelebu bagi. Napier India kami beli dari penternak arnab di Melaka. Ingat kan dulu nak beli dari kelantan .. tapi tunggu punya tunggu benih tak sampai2.. dah beraper kali bersihkan tanah asyik rumput liar je tumbuh.. untuk tidak membuangkn masa dan duit bersihkan tanaha je.. last2 kami tanam dulu dengan napier taiwan dan beli napier india kemudian.. Setelah tunas2 napier taiwan dah tinggi sikit kami letak baja kompos. Sekarang rumput dah naik tinggi sampai pinggang.. Seronok gak tengok.. Ada sikit lagi kawasan yang takde rumput nak tnam... Benih tak cukup ehehe.. Mungkin kene beli lagi .. Tunggu budget dulu.. Kami tengah pikir macamana rumput taiwan nih dah bleh dijadikan benih? Sesape bleh tak tolong tunjuk ajar..
Benih Napier India yng telah disemai seminggu sebelum ditanam


Menanam rumput


Rumput dah mula tumbuh dalam sekaki tapi tak berape nak nampak plak ehe..

Semoga apa yang kami usahakan akan di berkati dan berjalan lancar. Kalau kenkawan penternak dah otai2 yang dah lama dalam arena penternakan nih ada nasihat2 sila2 kan memberi atau berkongsi pengalaman agar jalan kami adalah jalan yang betul... :-) .. Amin...

KAMI TAK BESAR.. KAMI TAK KUAT...

BILA BEKERJASAMA SEMUA JADI MUDAH ...

APA YANG PENTING ? KERJASAMA!!!!

Sunday, May 24, 2009

ANAK ANAK KAMBING

Di bulan May nih .. anak kambing makin bertambah .. alhamdulillah..

Ada yang dapat 2 anak .. dah ada yang dapat 3 anak..
Kami sangat bersykur atas perkembangan yang positive untuk tahun ini.

Jadi kandang kambing pun dah makin sesak .. Kira 2 kalau derang nih sume dah besar , kira dah muat2 je la kandang yang sedia ada nih..
Ada tak kenkawan penternak yang sudi meninggalkan komen2 atau link2 yang memberi advise untk ciri2 kandang yang baik seperti matahari , lantai bawah kandang, bumbung ..

Memang bila baca2 ada blog yang memberi cadangan2 kandang .. cuma kalau ada yang berkesempatan sila la tinggakan komen untuk post ni..

Mari kita enjoy2 tengok anak2 kambing

Kembar 3 : Anak FullBlood (1 jantan 2 betina)

Kembar 2 : Anak kambing yang paling besar dalam bulan May nih (3.7kg) .. Induk beli kat DeKebun.. Macam tau je nak amik gambar .. Possing elok2 ...





Sebahagian daripada anak2 kambing ... Derang nih tak reti nak duduk setempat... Lari sana sini .. Maklumla baru je dapat susu .. Konon2 cergas la tuh ..

Wednesday, May 13, 2009

JUALAN SUSU KAMBING

Susu Kambing mempunyai banyak khasiat .

Disebabkan MERAHIJAU masih belum mampu untuk menyediakan susu kambing untuk jualan tetapi yakin pada khasiat yang ada pada susu kambing.

Kami telah menjadi wakil jualan susu kambing Hi-Goat. Semoga khasiat susu kambing dapat di kongsi bersama
Harga : RM36/ Kotak .. ada 15 sachet/kotak...
Selamat Mencuba !!!!!!

Thursday, April 30, 2009

PROMOSI DAGING KAMBING BOER

HARGA PROMOSI BULAN MEI 2009
Kadang2 kita tak sampai hati nak makan daging kambing yang kita jaga sendiri..
jadi kalau nak merasa daging kambing boer segar sekarang MERAHIJAU FARM memberi harga promosi kepada pengemar kambing yang hendak mencuba keenakan daging kambing BOER yang digembar gemburkan...
Yang dah pernah merasa pun kalau nak try lagi pun boleh sebab harga tengah murah dalam bulan MEI nih... Nak buat Aqiqah pun boleh jugak

HARGA PROMOSI :
KARKAS : RM40/KG ----> RM32/KG
( Anggaran 55% daripada Berat Hidup )
SEEKOR HIDUP : RM20/KG ----> RM16/KG
( Berat MIN=45KG )
UPAH SEMBELIH : RM30

Ini ada lah salah satu kambing daging yang telah selamat disembelih.. Kambing nih kecik sket .. dulu masa memula sampai tak cukup makan kot ekeke.. sekarang kambing2 dah menggemuk ...






ahahaha haa tengok ... Rangka pun nampak... Tapi untuk tempoh promosi nih .. kambing insyallah gemuk2 dan byk daging...


JADI... MARI2!!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG ... contact la kami untuk urusan meng'order'....

Friday, April 24, 2009

UNTUK TATAPAN

Salam Ternak... Saja nak letak gambar anak2 kambing yang terbaru dalam bulan April nih dan sedikit gabar kambing di MERAHIJAU sebab dah lama tak update blog... Aktiviti merahijau tahun ini agak perlahan kerana tahun ini macam nak buat plan betul2 setelah agak setahun proses pembelajaran... Bukan nak cakap sekrang ni ilmu penuh didada... tapi ada nampak dah hala tuju dan banyak kesilapan2 yang dilakukan dan dugaan2 yang datang selama setahun ... Tapi baru setahun jagung kami dengan rasa rendah diri sedar bahawa ada lagi cabaran2 yang akan datang bila masuk dalam perniagaan kambing nih secara serius ... Buat masa ini kami nak teruskan dengan menjual daging dan marketing yang kami perlu rancang ..
Ini Gambar Anak Kambing Kampung yang baru kami beli dari AzAmBest ..



Berat Terkini 3.2kg


Berat Terkini (2minggu)- 5kg
Yang ini ibu dia tak tau la kenapa tak nak bagi anak dia susu.. Sampai kene paksa..
Nak kata bengkak tak jugak...
Anak Kambing Boer yang baru umur 3 hari .. Lahir dari Jantan FB + Induk F2

Kepala Coklat Jantan / Putih Betina
Berat lahir dalam 2.8kg (kecik sket)



Sedap aje tido atas riba ..


Ahli MERAHIJAU FARM tengah lepak

Wednesday, February 11, 2009

RASA2 INILAH JAWAPAN NYE

Salam para pengunjung..
setelah lebih kurang 2 minggu dalam pemerhatian kepada persoalan post yang saya tulis dibawah ini , ada beberapa respon daripada rakan2 penternak untuk memberi pendapat.
diantara pendapat yang famous ialah ;
1- kurang makan
2- kurang mineral

untuk pendapat (1) , kami rasa cukup kot makanan yg kami letak ... ada berlebey lagi..
so kami cuba letakkan block garam mineral (garam bukit) secukup nyer di setiap kotak untuk dijilat oleh kambing2... setelah dekat 2 minggu , kami dapati kambing dah mula kurang menggigit tali dan kayu ..
terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 penternak yang mengunjung blog kami dan sudi memberi pendapat.
terima kasih juga kepada Dr Dondon (blog kambing) dan GLOVET yang juga sedia memberi pandangan.

harap2 post kali ini dapat memberi sedikit info kepada rerakan penternak...

SEMOGA JUMPA LAGI

Wednesday, January 28, 2009

KENAPA KAMBING MAKAN KAYU, PLASTIK DAN TALI?

Minggu lepas saya melawat kandang yg lebey sebulan tak kunjungi di sebab kan terpaksa o/station.
Saya lihat satu tabiat baru iaitu kambing mengigit dinding2 kayu kandang ..
Tali2 pengikat untuk kotak2 kandang ibu juga kene gigit ..
Risau juga bila tengok keadaan macam nih ... Ini gambar kambing yang asyik memakan kayu ...
ntah aper la yang derang suka sangat kat kayu tuh .. nak kata tak selera makan yang lain makan jugak..
tapi kayu pun makan jugak.. kenaper yer?





Menunjukkan sedap nyer menggigit kayu kepada rakan sekandang

Tali pun sedap


Jadi kalau ada rakan2 penternak yang lain dapat membantu untuk memberi pendapat dialu-alukan la.. Takut plak kang kandang tak berdinding ..

SEMUT DAN KUDA

Salam kepada pengunjung blog...
Lama tak update blog sebab sibuk dengan kerja2 (makan gaji)..
Melihat kepada title diatas bukan makna nya MH nak start ternak semut atau kuda ehehe..
pagi tadi saya menerima emel yang rasa nya sesuai dikongsi bersama...


CERITA SEEKOR KUDA DAN SEMUT
PADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.
Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.
Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi. Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan.

Sebaik sahaja menghapiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda, "hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini." "Saya sedang berehat wahai semut," jawab kuda. "Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali," tanya semut lagi. "Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku," jawab kuda itu lagi. Maka semut itu pun bertanya, "punya siapakah beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?"Maka kuda pun menjawab, "punya bosku yang ada di sana yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon itu.""Oh begitulah ceritanya," kata sang semut tersebut sambil tersenyum.. Sang kuda berkata, "eh! Kamu semua kenapa begitu gembira?" kata sang kuda kepada sang semut tadi. "Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali." "Kenapa boleh jadi begitu ya?" tanya sang kuda dengan rasa hairan. Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: "Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda." "Apa itu perbezaannya?" tanya kuda."Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, punya majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah punya kami sendiri, bukan punya bos kami," demikian penjelasan semut itu. Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.Apa moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: "Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah." Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah. Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.

semoga rakan2 berjaya dan gigih berusaha dalam ternakan ...

Tuesday, November 25, 2008

PERKONGSIAN ILMU

Hari ini saya terbaca satu artikel yang agak menarik mengenai perkongsian ilmu perngetahuan.
Sejak kami mula menceburkan diri dalam bidang penternakan ini ramai rakan2 penternak yang masih merangkak, berjalan dan ada juga yang sudah memecut laju ke hadapan tidak lokek memberikan dan berkongsi ilmu mereka kepada kami.. Banyak ilmu yang dikongsi terutama dalam bidang pengurusan ternakan ini amat berguna dalam membantu kami mengorak langkah dalam penternakan kambing ini.. Terima Kasih diucapkan ...

Tetapi tidak ketinggalan juga ada segelintir yang mencurahkan ilmu yang salah dan tidak cukup sifat yang mendorong kepada beberapa masalah dalam pengurusan ternakan kami.. Ilmu yang tak cukup sifat nih kami andakan kepada yang memberikan ilmu sekerat2.. takut kalau diberikan semua , habis ilmu di dada pulak.. ehehe.. Kami berterimakasih juga untuk ilmu sebegini kerana dengan ada nya situasi begini membuatkan kami lebih berjaga2 dan menambahkan senarai apa yang patut dan tidak patut dilakukan dalam penternakan. Bagi kami , itu adalah ilmu yang amat berguna kepada kami juga..

Saya berbual dengan seorang penternak yang berjaya dan beliau telah memberi banyak nasihat dan salah satu dari ayat yang selalu beliau nyatakan ialah keikhlasan memberi ilmu kerana bagi beliau satu yang beliau berikan akan di beri ganjaran 10 dari ALLAH SWT. Jadi kita tidak perlu kedekut ilmu kerana ilmu di dunia ini tak akan habis ...

Mengenai artikel yang saya baca, ini ayat yang menarik perhatian saya ;

Ada orang mengatakan, apabila saya ada satu epal dan anda ada satu epal,
apabila anda berikan satu epal kepada saya dan kita bertukar epal, anda masih
ada satu epal dan saya ada satu epal. Tetapi apabila saya berikan anda satu
ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, saya ada dua ilmu, anda ada dua ilmu.


okay.. semoga kita mendapat ikhtibar dari penulisan kami pada kali ini ... masih banyak lagi ilmu yang kami belum terokai dan marila kita mengekal kan nilai murni yang ada sekrang ...

Wednesday, November 12, 2008

DIAN DAN GHINA

Salam pengunjung blog .. Hari ini nak cerita sikit perkembangan anak2 kambing merahijau yang dah berumur 2 bulan lebih .. Setakat nih anak2 kambing 2 ekor nih manja sangat dan dalam proses penceraian susu.

Kali ini kami mula kan awal supaya anak kambing cepat biasa berdikari. Ini kerana anak kambing pertama kami dahulu , pada usia 3 bulan lebih baru kami nak pisahkan dari ibu dan proses itu agak susah kerana ibu dan anak masing2 mengembek dengan kuat kerana terpisah. Jadi kali ini kami sudah mengajar anak2 kambing supaya keluar dari kotak ibu masing2 dan bersosial. ehehe ..

Lagi pun teringat la semasa kami melawat satu ladang di n9 dan juga masa sembang2 dgn rakan2 penternak .. Tuan ladang cakap tumbesaran anak kambing yang bebas keluar masuk dari kandang ibu lebih cepat daripada anak yang dikurung bersama ibu sahaja..

Pada kotak ibu masing2 kami bukak kayu agak besar sedikit supaya anak kambing bebas keluar masuk ..

Setelah 2 bulan lebih maka inilah perkembangan terbaru anak kambing merahijau..
Berat Dian-F4 ialah 21kg dan berat Ghina - F2 ialah 20kg.. Walaupun Ghina lahir seminggu awal tapi sebab Dian mempunyai lebih darah boer memang nampak bentuk dan kenaikan berat Dian lebih dari Ghina..
Gambar akan di update nanti ... Sibuk sangat main ngan anak kambing yang 2 tuh terlupa nak amik gambar :) ... Maklumla 2 ekor aje anak kambing bleh la nak layan .. :)..

Misi sekrang nih untuk mencari penjantan baru untuk menjadi calon suami mereka.. Tak lama lagi dah bleh kawen tuh ... Sape ada calon bleh la promo sket2 ek ehehehe... Letak la rege yang discount ..eheheh
Walaupun ada jugak penternak yang cakap 2 bulan -4bulan tuh belum tentu bleh terus hidup .. tapi kami berdoa dan berharap 2 anak kambing nih akan terus hidup dan membiak ..

Selamat Maju Jaya semua

nih gambar anak gambing yang 2 ekor aje tuh .. Susah nak amik gambar derang nih sebab derang pun sibuk gak macam pandai nak pegang kamera.. jadi time nak tido ajela bleh amik gambar ekeke..


Dian



Ghina - Ermmm penatnyer melompat2.. nak tido la plak

Dian - nak join tido gak la ..boring plak main sorang2

Monday, November 3, 2008

JAWARANDU

Salam kepada pengunjung blog... hari nih nak bukak cerita sikit pasal kambing jawarandu sebab hari ini merahijau telah membeli 2 ekor kambing jawarandu. Bila kami memulakan penternakn kambing nih, kami konsentrate untuk boer sahaja dan tak nak menternak kambing lain... Tetapi objectif merahijau membeli kambing ini adalah untuk bekalan kambing yang lebih murah daripada kambing boer.. Jadi kalau ada org nak beli kambing mahal boleh la membeli kambing boer kami dan kalau nak yang murah pun boleh juga sebab kami ada kambing jawarandu... Kami mulakan dengan 2ekor dulu untuk kami membiasakan diri menternak kambing jenis jawarandu.. Maklum la kami belum terer lagi dalam penternakan kambing.. Lagi pun ditambah dengan kesempitan ruang di kandang kami yang tak seberapa besar tuh...

Ini sedikit sebanyak cerita pasal jawarandu yang kami perolehi daripada laman2 web..

Kambing jawarandu adalah hasil daripada kacukan kambing Peranakan Etawa (Jamnapari Kacukan) dengan kambing Kacang (Indonesia) . Kambing Kacang mempunyai daya tahan lasak dan kacukan yang dibuat adalah untuk memberi kan daya tahan yang kuat kepada kambing jawarandu. Manakala Jawarandu mempunyai bentuk badan yang lebih besar daripada kambing Kacang kerana mengikut bentuk badan daripada PE. Jadi Kacukan yang baik ini menghasilkan baka kambing Jawarandu yang tahan lasak dan besar dan ia sesuai untuk tujuan kambing daging. Penghasilan susu juga agak memuaskan dengan 1.5L sehari.

Penternakan Jawarandu ini masih dalam pemerhatian ... Harapan kami kambing 'pioneer' nih akan melahirkan anak2 yang best2 ... :) .. Nanti bila kambing dah dihantar di kandang kami akan letak gambar disini .. Kepada para penternak yang telah lama berkecimpung dalam penternakan kambing ni boleh la tolong2 bagi nasihat atau pandangan mengenai kambing jawarandu nih... Terima kasih

Sunday, October 5, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Merahijau nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selama hari raya kepada semua pengunjung blog ini dan rakan2 ternak .. Raya tahun ini adalah raya pertama merahijau.. Disebabkan kandang dah di belakang rumah maka kene jugak wat 'open kandang'.. sanak sedara yang datang tak henti2 melawat kandang kami yang tak seberapa besar tu untuk melihat kambing2 BOER yang beberaper kerat tuh eheheh..
Bila dah beraya nih berkenalan pulak dengan seorang uncle yang rupa2 nyer sekampung..

Ada juga yang membeli daging boer merahijau untuk masak rendang .. Ada yang buat bihun sup ..
tapi ada jugak yang masih setia dengan kari kambing.. :) .. apa2 pun masakan.. so far semua pun suka ..
kebanyakan nyer tak percaya itu daging kambing sebab daging nyer lembut, takder bau dan kurang lemak..
Org yg ada darah tinggi pun alhamdulilah setakat nih makan daging BOER tak sakit kepala ...
tapi apa pun kebaikan daging kambing BOER nih .. belum ramai lagi yang terbuka hati untuk membeli daging kambing untuk makanan harian seperti daging lembu.. Sebab utama nya mungkin salah tanggapan terhadap daging kambing dan harga daging BOER yang agak mahal dalam ekonomi yg agak tak beraper baik nih.

Semoga satu hari nanti bekalan daging kambing akan bertambah dan menjadi murah dan mampu dibeli oleh semua org .. Semoga berjaya semua penternak ...

Wednesday, September 10, 2008

KEMATIAN PERTAMA

Salam kepada pengunjung blog.. pada 23-aug lepas , seekor induk boer telah selamat melahirkan anak kembar yang sihat.. Seekor berat 3kg dan seekor berat 3.6kg .. 2-2 pun betina dan sihat.. bawah nih gambar anak kambing dalam beberapa jam selepas kelahiran.. seekor rupa macam bapak dia (kepala coklat gelap), seekor macam mak dia (kepala coklat cair sket) ehehe...


inilah kelahiran kembar yang pertama kami .. memang seronok dapat 2 anak kambing nih .. tapi seronok sekejap aje .. sehari selepas dilahirkan anak kambing yang kepala coklat pekat tuh tak boleh bangun .. Rasa nya dah kembung. Kami bagi minum air halia, sapu minyak, urut2 perut dia tapi tak berjaya di selamatkan ... Sedih aje tengok dia tapi mungkin tader rezeki .. Bawah nih gambar masa sakit ...



Jadi sekarang nih tinggal la seekor sahaja.. semoga dia membesar bagai johan dan memberi anak2 kambing yang banyak :) ... Nama dia Dian ... Cahaya yang akan menyinari jalan merahijau ..


Mungkin para pengunjung blog merahijau boleh memberi tips2 dan pandangan bagaimana untuk mengelak kan perkara yang sama terjadi .. atau mungkin tahu apa sebenarnya sebab kematian anak kambing dan cara untuk merawat sekiranya perkara sama terjadi lagi .. Nasihat dan tips2 yang diberi amat dialu2kan dan amat dihargai..

Semoga berjaya semua penternak...


<